Pemanggang Ajaib Bayaran Pos Percuma(PABaPoP)

"PABaPoP" ialah nama syarikat kami yang mengambil perkataan dari Pemanggang Ajaib Bayaran Pos Percuma . "PABaPoP"juga merupakan pengedar No.1 di Malaysia yang memberikan bayaran pos percuma kepada para pelanggan di Semenanjung Malaysia dan mengenakan bayaran pos yang terendah bagi pelanggan di Sabah/Sarawak.

Iklan

Produk kami

Produk kami

2014年1月5日星期日

Senaman pada waktu yang sesuai

Pasti ada yang tertanya-tanya pada waktu bilakah waktu yang paling sesuai untuk bersenam. Pagi hari, petang atau malam? Tapi semuanya bergantung kepada gaya hidup masing-masing. Ada yang suka bangun pagi dan ada juga yang selesa berjaga di waktu malam. Di sini terdapat beberapa tips waktu yang sesuai untuk bersenam yang boleh kita kongsi:

1. Seawal burung di waktu pagi
Bersenam di waktu pagi kebiasaannya menjadi waktu yang terbaik untuk bersenam bagi kebanyakan orang. Senaman pagi ibarat secawan kopi yang menyegarkan kita di pagi hari.
- Ia dapat membantu proses senaman yang konsisten kerana kurangnya gangguan.

- Tenaga dan juga ketajaman minda akan bertambah untuk melaksanakan tugas seharian.

- Ia juga meningkatkan metabolisma dalam badan yang membantu membakar kalori di awal pagi.

Tetapi, suhu badan anda adalah di tahap yang rendah. Otot anda juga masih sejuk dan perlu di panaskan sebelum bersenam. Jika anda bukan seorang yang suka bangun pagi, pastinya sukar bagi anda.

2. Tengahari atau masa rehat

Masa ini adalah masa yang juga sesuai untuk bersenam kerana suhu badan kita adalah di tahap yang ideal dah otot kita berada dalam kekuatan yang tinggi.
- Ia dapat meningkatkan prestasi senaman dan juga mengurangkan kecederaan disebabkan otot yang sudah di panaskan melalui aktiviti seharian.

- Kadar kepenatan juga lebih rendah dan yang paling penting, dapat membantu mengurangkan jumlah makanan yang di ambil semasa tengahari.

Tetapi, kekangan masa akan menyebabkan anda tidak dapat melakukan senaman dengan sepenuhnya. Komitmen dan juga gangguan lain juga sedikit sebanyak mengganggu proses senaman. Paru-paru juga tidak berfungsi dengan baik pada waktu tengahari yang akan menjejaskan prestasi aerobik.

3. Petang atau malam
Kebiasaan bagi semua, suhu badan dan kadar hormon di aras yang tertinggi pada pukul 6PM. Otot juga menjadi fleksibel dan panas. Paru-paru turut berfungsi dengan baik pada waktu ini.

- Bersenam pada waktu ini dapat mengurangkan stess yang di alami pada siang hari.

- Paling penting, bersenam sebelum waktu makan juga adalah langkah yang bijak untuk mengawal kadar makanan yang akan di ambil.

Tetapi, bersenam di waktu malam mungkin menyebabkan sesetengah orang sukar untuk tidur. Gangguan juga banyak berlaku seperti kekangan masa bersama keluarga dan sebagainya. Gangguan yang berpanjangan akan menyebabkan anda berasa tidak selesa dan kurang tumpuan.

Jadi, apakah waktu yang paling sesuai untuk anda bersenam? Bijaklah dalam mengatur langkah ke arah kesihatan yang terjamin.

Dipetik daripada : http://health.mylaunchpad.com.my/



没有评论:

发表评论